Monday, 31 August 2020

PERINTAH GAJI MINIMUM 2020

Perintah Gaji Minimum 2020 adalah perintah terkini berkuat kuasa pada 01 Februari 2020. Perintah ini membezakan penguatkuasaan berdasarkan Majlis Bandaraya/Majlis Perbandaran dengan kawasan selain daripadanya.

Perintah ini tidak terpakai kepada pekhidmat domestik yang bekerja dengan perseorangan, tidak terlibat dengan apa-apa tred atau perusahaan. Contohnya pembantu rumah, tukang kebun di rumah tempat tinggal dan pemandu yang hanya melaksanakan kerja berkaitan dengan kehidupan peribadi majikan sahaja.

Kadar gaji minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:


Majlis Bandaraya / Majlis Perbandaran

Kadar Bulanan - RM1,200.00 / bulan

Kadar Harian -

Kerja 6 hari seminggu - RM46.15 / hari

Kerja 5 hari seminggu - RM55.38 / hari

Kerja 4 hari seminggu - RM69.23 / hari

Kadar Jam - RM5.77 / jam

Bagi pekerja yang dibayar gaji selain daripada gaji pokok, termasuk bayaran secara komisen, ikut kerja, ikut berat tan dan sebagainya, majikan hendaklah membayar gaji sekurang-kurangnya RM1200.00 / bulan kepada pekerja. Sekiranya gaji yang diterima untuk bulan tersebut tidak mencapai RM1200.00, majikan bertanggung jawab mencukupkan gaji sehingga RM1200.00.


Selain daripada Majlis Bandaraya / Majlis Perbandaran

Kadar Bulanan - RM1,100.00 / bulan

Kadar Harian -

Kerja 6 hari seminggu - RM42.31 / hari

Kerja 5 hari seminggu - RM50.77 / hari

Kerja 4 hari seminggu - RM63.46 / hari

Kadar Jam - RM5.29 / jam

Bagi pekerja yang dibayar gaji selain daripada gaji pokok, termasuk bayaran secara komisen, ikut kerja, ikut berat tan dan sebagainya, majikan hendaklah membayar gaji sekurang-kurangnya RM1100.00 / bulan kepada pekerja. Sekiranya gaji yang diterima untuk bulan tersebut tidak mencapai RM1100.00, majikan bertanggung jawab mencukupkan gaji sehingga RM1100.00.



Saturday, 29 August 2020

Jenis-jenis Penamatan Perkhidmatan

Terdapat pelbagai jenis penamatan perkhidmatan. Antaranya adalah:

1. Termination Simpliciter

2. Retrenchment

3. Dismissal 

4. Termination due to poor performance

5. Termination under probation

6. Breach of contract

7. Frustration of contract

8. Constructive dismissal

9. End of a fixed term contract

10. Retirement


Friday, 28 August 2020

Sejarah Jabatan Tenaga Kerja

Jabatan Tenaga Kerja adalah salah sebuah Jabatan Kerajaan yang secara langsung berfungsi menguatkuasa undang-undang perburuhan. Dua fungsi Jabatan Tenaga Kerja adalah penguatkuasaan dan pekerjaan. 

Ditubuhkan seawal tahun 1912, Jabatan Tenaga Kerja adalah salah satu daripada 12 buah Jabatan dan agensi yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Dalam tahun 1960an, objektif Jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Buruh pada masa itu, telah ditetapkan sebagai "menjaga kepentingan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan" sahaja. Objektif ini seterusnya telah diubah suai dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi menyesuaikan fungsi Jabatan dengan keperluan dan kehendak terkini. 

Pada tahun 1970, Jabatan Buruh telah digabungkan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan. Gabungan ini memfokuskan kepada penyelesaian pertikaian yang melibatkan pekerja dan kesatuan.

Penstrukturan institusi-institusi berkaitan perburuhan terus diatur dan dibuat bagi merealisasikan fungsi dan tanggungjawab semua institusi dengan lebih efektif. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah memisahkan Jabatan Buruh dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan beserta dengan penetapan semula tanggung jawab serta fungsi kedua-dua Jabatan. Pada ketika itu, Jabatan Buruh dipertanggungjawabkan memelihara kebajikan, kepentingan para pekerja dalam mewujudkan keharmonian antara majikan dan pekerja.

Seterusnya, berkuat kuasa pada bulan Februari 2003,Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan yang asalnya di bawah Jabatan Tenaga Rakyat telah digabungkan pula dengan Jabatan Buruh yang pada masa itu telah diubah namanya kepada Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia. Penggabungan ini telah membawa perubahan besar kepada Jabatan Buruh. Pelbagai fungsi baru telah ditambah termasuk pengumpulan maklumat perburuhan dan penempatan pekerjaan di sektor swasta. Sejak penggabungan ini, Jabatan Buruh telah dijenamakan semula dengan nama Jabatan Tenaga Kerja.


Thursday, 27 August 2020

Ada apa dengan gaji (Bahagian 1) - Siapakah pekerja?

Ya, kita sangat biasa mendengar perkataan gaji. Boleh dikatakan semua orang dewasa terutamanya orang dewasa yang bekerja atau pernah bekerja tahu apa itu gaji. Namun apabila ditanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gaji, macam-macam jawapan yang diterima...

    "Gaji tu basic yang kita terima tiap-tiap bulan."

    "Oh.... saya rasa, gaji tu adalah semua yang majikan bayar pada pekerja setiap bulan, tapi OT      tak termasuk dalam gaji."

Apakah maksud gaji yang sebenarnya?

Merujuk kepada laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu, gaji didefinisikan sebagai upah yang tetap, atau bayaran yang tetap untuk pekerjaan.  

Baik, kita sudah tahu dan faham maksud gaji dari kaca mata Kamus Dewan terkini. Tapi, jika perkataan tetap adalah kata kunci untuk gaji, jadi, bagaimana pula dengan pekerjaan yang menawarkan bayaran tidak tetap? Pernah dengar komisen? Pernah dengar gaji ikut barang? Rasanya ramai pemandu lori di luar sana yang dibayar gaji dalam bentuk komisen berdasarkan bilangan trip, dan ada juga jurutaip yang dibayar berdasarkan patah perkataan yang telah ditaip. Tak lupa juga penoreh getah yang dibayar mengikut bilangan pokok yang telah ditoreh.

Adakah bayaran yang diterima mereka sebenarnya bukan gaji? 

Mari kita sorot dari kaca mata undang-undang pula.

Seksyen 2 Akta Kerja 1955 menggunakan perkataan upah untuk merujuk kepada pelbagai jenis bayaran yang diterima oleh pekerja. Perkataan upah tersebut didefinisikan seperti berikut:

"....upah pokok dan semua pembayaran lain dengan wang tunai kepada seorang pekerja bagi kerja yang dibuat mengenai kontrak perkhidmatannya, tetapi tidak termasuk-

a) nilai mana-mana rumah tempat tinggal atau bekalan           apa-apa makanan, minyak, lampu atau air atau rawatan       perubatan atau mana-mana kemudahan atau      perkhidmatan yang diluluskan;

b) apa-apa caruman yang dibayar oleh majika sendiri               kepada mana-mana kumpulan yang pencen, kumpulan          wangsimpanan, skim pemberhentian kerja,               mengurangkan pekerja, penamatan, pemberhentian kerja        sementara atau skim persaraan, skim jimat-cermat atau           mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang                    ditubuhkan dengan faedah dan kebajikan pekerja;

c) apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;

d) apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk    menanggung perbelanjaan-perbelanjaan khas yang                diperlukan olehnya kerana jenis pekerjaannya;

e) apa-apa ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan;

f) apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian dari        apa-apa bonus tahunan;


Fuh! Boleh faham ke bahasa undang-undang tu?

Mari kita cuba fahamkan satu persatu.

Berdasarkan peruntukan ini, secara umumnya, semua bayaran dalam bentuk tunai yang pekerja terima kerana pekerjaannya, adalah upah atau pun gaji sebagaimana yang mudah difahami oleh kita. Walau bagaimanapun, ada beberapa pengecualian telah pun disenaraikan terang-terangan dalam akta. Ini bermakna, tidaklah semua bayaran yang diterima oleh seorang pekerja itu adalah upah. Oh ya, bukan semua pekerja adalah "pekerja" yang dimaksudkan oleh akta ini ya! Jika mahu tau siapakah yang dikatakan pekerja, sila rujuk entri AKTA KERJA 1955 - SIAPAKAH PEKERJA?

  




AKTA KERJA 1955 - SIAPAKAH PEKERJA?

SEKSYEN 2 AKTA KERJA 1955:

Definisi “pekerja”

 

(a) termasuk dalam JADUAL PERTAMA (First Schedule); atau

 

(b) termasuk dalam Perintah Menteri (bawah subseksyen (3) atau seksyen 2A).

 

JADUAL PERTAMA (FIRST SCHEDULE);

Kategori Pertama

Tidak kira pekerjaan, upah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan;

Kategori Kedua

Tidak kira jumlah upah:

(1)       terlibat  dalam pekerjaan buruh kasar;

(2)       terlibat dalam operasi atau pengendalian kenderaan 

           berjentera;

 

(3)       menyelia atau menjaga pekerja lain yang terlibat dalam     pekerjaan buruh kasar oleh majikan yang sama dan        sepanjang masa kerja;

(4)       terlibat dengan kerja dalam kapal;

(5)       terlibat sebagai kakitangan domestik.

AMARAN!

 

PERHATIAN!

E-book ini adalah hakcipta penulis, Nur Shuhada  binti Muhamad.

Pembaca adalah dilarang sama sekali:

(a) menerbit, menyiar atau menjual, ebook (atau manamana bahagian ebook ini);

(b) mengedit, mengubah suai, atau mengubah mana-mana
bahagian daripada ebook ini;

(c) menggunakan ebook atau mana-mana bahagian ebook dengan cara
menyalahi undang-undang;

Sekiranya anda menerima e-book ini secara
percuma atau berbayar dari sumber selain
daripada www.undangundangperburuhan.blogspot.com, sila laporkan
kepada nurshuhadamuhamad@gmail.com.

Kerjasama anda dalam membantu kami menegakkan hak pemilik harta intelek adalah amat diperlukan! 

Tuesday, 25 August 2020

BIODATA PENULIS

NUR SHUHADA BINTI MUHAMAD dilahirkan di Muar, Johor. Beliau mendapat didikan awal, rendah dan menengah sehingga tahun 1992 di Bandar Baru Bangi, Selangor. Seterusnya menyambung pelajaran di peringkat ijazah pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang undang-undang  sehingga menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) pada tahun 2003. 

Setelah itu, beliau memulakan latihan dalam kamar selama 9 bulan sehingga diterimamasuk sebagai peguam pada tahun 2004. 

Seterusnya pada tahun 2005, beliau memulakan langkah memasuki bidang pekerjaan sebagai management trainee bahagian undang-undang dan kesetiausahaan di sebuah syarikat di Shah Alam. 

Enam bulan kemudian, permohonan penulis untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana telah diterima sehingga menerima Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM)  dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2005. Dalam tempoh yang sama, beliau juga telah berjaya menamatkan pengajian diploma lanjutan iaitu Diploma in Shariah and Legal Practice (DSLP) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.  

Tidak menunggu lama, pada bulan November 2005, penulis telah diterima bekerja sebagai pegawai tadbir (kontrak) di Jabatan Perkhidmatan Awam, dan telah menabur khidmat selama hampir dua tahun sehingga akhirnya meletak jawatan kerana menerima tawaran untuk terus berkhidmat kepada Kerajaan sebagai Pegawai Perhubungan Perusahaan bermula 29 November 2007. Pada mulanya, beliau ditempatkan di ibu pejabat, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Putrajaya. Kini, penulis bertugas di Pejabat Tenaga Kerja Bangi. 


Umur Persaraan

P ada masa ini, umur persaraan minimum bagi sector swasta adalah 60 tahun setelah   Akta Umur Persaraan Minimum 2012 atau Minimum Retirement...