Friday, 28 August 2020

Sejarah Jabatan Tenaga Kerja

Jabatan Tenaga Kerja adalah salah sebuah Jabatan Kerajaan yang secara langsung berfungsi menguatkuasa undang-undang perburuhan. Dua fungsi Jabatan Tenaga Kerja adalah penguatkuasaan dan pekerjaan. 

Ditubuhkan seawal tahun 1912, Jabatan Tenaga Kerja adalah salah satu daripada 12 buah Jabatan dan agensi yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Dalam tahun 1960an, objektif Jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Buruh pada masa itu, telah ditetapkan sebagai "menjaga kepentingan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan" sahaja. Objektif ini seterusnya telah diubah suai dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi menyesuaikan fungsi Jabatan dengan keperluan dan kehendak terkini. 

Pada tahun 1970, Jabatan Buruh telah digabungkan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan. Gabungan ini memfokuskan kepada penyelesaian pertikaian yang melibatkan pekerja dan kesatuan.

Penstrukturan institusi-institusi berkaitan perburuhan terus diatur dan dibuat bagi merealisasikan fungsi dan tanggungjawab semua institusi dengan lebih efektif. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah memisahkan Jabatan Buruh dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan beserta dengan penetapan semula tanggung jawab serta fungsi kedua-dua Jabatan. Pada ketika itu, Jabatan Buruh dipertanggungjawabkan memelihara kebajikan, kepentingan para pekerja dalam mewujudkan keharmonian antara majikan dan pekerja.

Seterusnya, berkuat kuasa pada bulan Februari 2003,Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan yang asalnya di bawah Jabatan Tenaga Rakyat telah digabungkan pula dengan Jabatan Buruh yang pada masa itu telah diubah namanya kepada Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia. Penggabungan ini telah membawa perubahan besar kepada Jabatan Buruh. Pelbagai fungsi baru telah ditambah termasuk pengumpulan maklumat perburuhan dan penempatan pekerjaan di sektor swasta. Sejak penggabungan ini, Jabatan Buruh telah dijenamakan semula dengan nama Jabatan Tenaga Kerja.


No comments:

Post a Comment

Umur Persaraan

P ada masa ini, umur persaraan minimum bagi sector swasta adalah 60 tahun setelah   Akta Umur Persaraan Minimum 2012 atau Minimum Retirement...