Pada masa ini, umur persaraan minimum bagi sector swasta adalah 60 tahun setelah Akta Umur Persaraan Minimum 2012 atau Minimum Retirement Age 2012 (MRAA) dikutkuasakan pada 1 Julai 2013 kecuali bagi majikan di kategori perniagaan kecil sederhana yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014. Sebelum MRAA diperkenalkan, tiada garis panduan tentang umur persaraan, namun berdasarkan pemerhatian, majikan menetapkan umur persaraan antara 50 hingga 50 tahun.
Seksyen
3 MRAA mendefnisikan “pekerja” sebagai:
“any
person who has entered into, and works under, a contract of service with an
employer irrespective of his wages but does not include the person specified in
the Schedule.”
Manakala
“persaraan” pula didefinisikan sebagai:
“termination
of contract of service of an employee on the ground of age”.
MRAA
melarang majikan membersarakan pekerjanya awal daripada umur 60 tahun. Oleh
kerana umur 60 tahun bukanlah umur bekerja yang sesuai untuk semua sector, maka
majikan bolehlah memasukkan opsyen bersara awal dalam kontrak perkhidmatan.
Jika pekerja sendiri memohon untuk bersara sebelum umur 60 tahun, maka majikan
tidak melakukan kesalahan bawah Seksyen 5(3) yang melarang persaraan pramatang,
dengan meluluskan permohonan tersebut.
Pekerja
yang telah dibersarakan awal, sekiranya tidak bersetuju, boleh mengadu kepada
Jabatan Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kuat kuasa
penamatannya. Setelah mendengar kes yang diadukan, Ketua Pengarah Tenaga Kerja
melalui pegawainya boleh membuat keputusan berikut:
Sekiranya pengadu gagal membuktikan aduannya, membuang
kes
Sekiranya pengadu berjaya membuktikan aduannya:
i) memerintahkan majikan mengambil semula pekerja itu
bekerja dan membayar semula tunggakan gaji yang dikira daripada tarikh pekerja
dibersarakan hingga ke tarikh pekerja bekerja semula; atau
ii) memerintahkan majikan membayar pampasan menggantikan
perintahbekerja semula. Amaun perintah tersebut tidak boleh melebihi jumlah
tunggakan gaji yang sepatutnya dibayar oleh majikan bermula daripada tarikh
dibersarakan sehingga tarikh bekerja semula.
Berdasarkan Seksyen 8(6) MRAA, sekiranya Mahkamah Buruh
memutuskan untuk membuang kes pekerja, pekerja boleh memfailkan tuntutan
pemulihan kerja di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 di Jabatan
Perhubungan Perusahaan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pekerja dimaklumkan
tentang keputusan Mahkamah Buruh.
MRAA
tidak terpakai kepada:
a) Kakitangan
Kerajaan
b) Pekerja
percubaan
c) Perantisan
d) Pekerja
bukan warganegara
e) Pekhidmat
domestik
f) Pekerja
separa masa
g) Pelajar
yang bekerja sementara bercuti belajar atau bekerja separa masa
h) Pekerja
yang dilantik melalui kontrak bertempoh (fixed-term contract) tidak melebihi 24
bulan