Wednesday, 9 September 2020

Umur Persaraan

Pada masa ini, umur persaraan minimum bagi sector swasta adalah 60 tahun setelah  Akta Umur Persaraan Minimum 2012 atau Minimum Retirement Age 2012 (MRAA) dikutkuasakan pada 1 Julai 2013 kecuali bagi majikan di kategori perniagaan kecil sederhana yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014. Sebelum MRAA diperkenalkan, tiada garis panduan tentang umur persaraan, namun berdasarkan pemerhatian, majikan menetapkan umur persaraan antara 50 hingga 50 tahun.

 

Seksyen 3 MRAA mendefnisikan “pekerja” sebagai:

 

“any person who has entered into, and works under, a contract of service with an employer irrespective of his wages but does not include the person specified in the Schedule.”

 

Manakala “persaraan” pula didefinisikan sebagai:

 

“termination of contract of service of an employee on the ground of age”.

 

 

MRAA melarang majikan membersarakan pekerjanya awal daripada umur 60 tahun. Oleh kerana umur 60 tahun bukanlah umur bekerja yang sesuai untuk semua sector, maka majikan bolehlah memasukkan opsyen bersara awal dalam kontrak perkhidmatan. Jika pekerja sendiri memohon untuk bersara sebelum umur 60 tahun, maka majikan tidak melakukan kesalahan bawah Seksyen 5(3) yang melarang persaraan pramatang, dengan meluluskan permohonan tersebut.

 

Pekerja yang telah dibersarakan awal, sekiranya tidak bersetuju, boleh mengadu kepada Jabatan Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kuat kuasa penamatannya. Setelah mendengar kes yang diadukan, Ketua Pengarah Tenaga Kerja melalui pegawainya boleh membuat keputusan berikut:

 

Sekiranya pengadu gagal membuktikan aduannya, membuang kes

 

Sekiranya pengadu berjaya membuktikan aduannya:

 

i) memerintahkan majikan mengambil semula pekerja itu bekerja dan membayar semula tunggakan gaji yang dikira daripada tarikh pekerja dibersarakan hingga ke tarikh pekerja bekerja semula; atau

 

ii) memerintahkan majikan membayar pampasan menggantikan perintahbekerja semula. Amaun perintah tersebut tidak boleh melebihi jumlah tunggakan gaji yang sepatutnya dibayar oleh majikan bermula daripada tarikh dibersarakan sehingga tarikh bekerja semula.

 

 

Berdasarkan Seksyen 8(6) MRAA, sekiranya Mahkamah Buruh memutuskan untuk membuang kes pekerja, pekerja boleh memfailkan tuntutan pemulihan kerja di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 di Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pekerja dimaklumkan tentang keputusan Mahkamah Buruh.

 

 

MRAA tidak terpakai kepada:

 

a) Kakitangan Kerajaan

b) Pekerja percubaan

c) Perantisan

d) Pekerja bukan warganegara

e) Pekhidmat domestik

f) Pekerja separa masa

g) Pelajar yang bekerja sementara bercuti belajar atau bekerja separa masa

h) Pekerja yang dilantik melalui kontrak bertempoh (fixed-term contract) tidak melebihi 24 bulan

No comments:

Post a Comment

Umur Persaraan

P ada masa ini, umur persaraan minimum bagi sector swasta adalah 60 tahun setelah   Akta Umur Persaraan Minimum 2012 atau Minimum Retirement...