Thursday, 27 August 2020

Ada apa dengan gaji (Bahagian 1) - Siapakah pekerja?

Ya, kita sangat biasa mendengar perkataan gaji. Boleh dikatakan semua orang dewasa terutamanya orang dewasa yang bekerja atau pernah bekerja tahu apa itu gaji. Namun apabila ditanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gaji, macam-macam jawapan yang diterima...

    "Gaji tu basic yang kita terima tiap-tiap bulan."

    "Oh.... saya rasa, gaji tu adalah semua yang majikan bayar pada pekerja setiap bulan, tapi OT      tak termasuk dalam gaji."

Apakah maksud gaji yang sebenarnya?

Merujuk kepada laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu, gaji didefinisikan sebagai upah yang tetap, atau bayaran yang tetap untuk pekerjaan.  

Baik, kita sudah tahu dan faham maksud gaji dari kaca mata Kamus Dewan terkini. Tapi, jika perkataan tetap adalah kata kunci untuk gaji, jadi, bagaimana pula dengan pekerjaan yang menawarkan bayaran tidak tetap? Pernah dengar komisen? Pernah dengar gaji ikut barang? Rasanya ramai pemandu lori di luar sana yang dibayar gaji dalam bentuk komisen berdasarkan bilangan trip, dan ada juga jurutaip yang dibayar berdasarkan patah perkataan yang telah ditaip. Tak lupa juga penoreh getah yang dibayar mengikut bilangan pokok yang telah ditoreh.

Adakah bayaran yang diterima mereka sebenarnya bukan gaji? 

Mari kita sorot dari kaca mata undang-undang pula.

Seksyen 2 Akta Kerja 1955 menggunakan perkataan upah untuk merujuk kepada pelbagai jenis bayaran yang diterima oleh pekerja. Perkataan upah tersebut didefinisikan seperti berikut:

"....upah pokok dan semua pembayaran lain dengan wang tunai kepada seorang pekerja bagi kerja yang dibuat mengenai kontrak perkhidmatannya, tetapi tidak termasuk-

a) nilai mana-mana rumah tempat tinggal atau bekalan           apa-apa makanan, minyak, lampu atau air atau rawatan       perubatan atau mana-mana kemudahan atau      perkhidmatan yang diluluskan;

b) apa-apa caruman yang dibayar oleh majika sendiri               kepada mana-mana kumpulan yang pencen, kumpulan          wangsimpanan, skim pemberhentian kerja,               mengurangkan pekerja, penamatan, pemberhentian kerja        sementara atau skim persaraan, skim jimat-cermat atau           mana-mana kumpulan wang lain atau skim yang                    ditubuhkan dengan faedah dan kebajikan pekerja;

c) apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;

d) apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada pekerja untuk    menanggung perbelanjaan-perbelanjaan khas yang                diperlukan olehnya kerana jenis pekerjaannya;

e) apa-apa ganjaran yang kena dibayar atas pemberhentian atau persaraan;

f) apa-apa bonus tahunan atau mana-mana bahagian dari        apa-apa bonus tahunan;


Fuh! Boleh faham ke bahasa undang-undang tu?

Mari kita cuba fahamkan satu persatu.

Berdasarkan peruntukan ini, secara umumnya, semua bayaran dalam bentuk tunai yang pekerja terima kerana pekerjaannya, adalah upah atau pun gaji sebagaimana yang mudah difahami oleh kita. Walau bagaimanapun, ada beberapa pengecualian telah pun disenaraikan terang-terangan dalam akta. Ini bermakna, tidaklah semua bayaran yang diterima oleh seorang pekerja itu adalah upah. Oh ya, bukan semua pekerja adalah "pekerja" yang dimaksudkan oleh akta ini ya! Jika mahu tau siapakah yang dikatakan pekerja, sila rujuk entri AKTA KERJA 1955 - SIAPAKAH PEKERJA?

  




No comments:

Post a Comment

Umur Persaraan

P ada masa ini, umur persaraan minimum bagi sector swasta adalah 60 tahun setelah   Akta Umur Persaraan Minimum 2012 atau Minimum Retirement...