Terdapat beberapa jenis cuti diperuntukkan bawah Akta Kerja 1955. Berdasarkan Seksyen 7 dan 7A, difahami bahawa sekiranya majikan menetapkan terma yang kurang baik daripada akta, maka secara automatik terma dalam akta akan diutamakan. Manakala jika majikan menetapkan terma perkhidmatan lebih baik daripada akta, maka terma tersebut adalah sah dan diambil kira. Majikan tidak boleh mengubah terma tersebut kepada terma kurang baik sebagaimana dalam akta, tanpa persetujuan daripada pekerja.
Jenis-jenis cuti dan kelayakan adalah seperti berikut:
Cuti tahunan
Bekerja kurang 2 tahun – 8 hari
Bekerja 2 tahun hingga kurang
5 tahun – 12 hari
Bekerja 5 tahun atau lebih –
16 hari
Cuti sakit
Bekerja kurang 2 tahun – 14 hari
Bekerja 2 tahun hingga kurang
5 tahun – 18 hari
Bekerja 5 tahun atau lebih – 22
hari
Cuti bersalin
60 hari berturut-turut
Cuti rehat
Satu hari bagi setiap tujuh
hari.
Cuti hari kelepasan am
Sekurang-kurangnya 11 hari.
Lima hari sebagaimana yang ditetapkan
Cuti-cuti Lain Yang Tidak
Dinyatakan dalam Akta Kerja 1955
Cuti kecemasan
Cuti ehsan
No comments:
Post a Comment