Tuesday, 8 September 2020

Potongan Upah

Seksyen 24 Akta Kerja 1955 membincangkan tentang potongan upah pekerja. Subseksyen (1) memperuntukkan bahawa tiada potongan boleh dibuat terhadap upah pekerja melainkan mematuhi Akta Kerja 1955.

Umumnya, terdapat tiga kategori potongan upah:


Potongan yang dibenarkan undang-undang tanpa memerlukan persetujuan

a) Bayaran balik upah terlebih bayar atas kesilapan majikan. (Terhad 3 bulan sebelum sahaja);

b) Bayaran ganti rugi notis – Seksyen 13(1);

c) Bayaran pendahuluan yang diberi oleh majikan kepada pekerja tanpa dikenakan faedah – Seksyen 22

d) Bayaran potongan yang dibenarkan di bawah undang-undang lain contohnya PERKESO, KWSP, PTPTN

 

Potongan dengan permintaan bertulis oleh pekerja.

a) Bayaran yuran kesatuan atau koperasi

b) Bayaran pembelian syer majikan yang dibeli oleh pekerja

 

Potongan dengan permintaan bertulis oleh pekerja dan kebenaran daripada Jabatan Tenaga Kerja.

a) Bayaran apa-apa skim bagi faedah pekerja

b) Bayaran balik pendahuluan yang dikenakan faedah

c) Bayaran kepada pihak ketiga

d) Bayaran barang yang dibeli daripada majikan

d) Bayaran sewa tempat tinggal atau makanan yang disediakan oleh majikan.

 

Had potongan

Undang-undang menetapkan had potongan upah pekerja adalah maksimum  50% sahaja. Walau bagaimanapun, had ini tidak terpakai bagi potongan-potongan:

a) Ganti rugi notis.

b) Potongan-potongan ke atas gaji terakhir bagi bayaran yang pekerja terhutang.

c) Bayaran balik pinjaman perumahan tertakluk kepada tambahan 25% dengan syarat ada kebenaran KP.

No comments:

Post a Comment

Umur Persaraan

P ada masa ini, umur persaraan minimum bagi sector swasta adalah 60 tahun setelah   Akta Umur Persaraan Minimum 2012 atau Minimum Retirement...