Terdapat tiga jenis lantikan yang digunakan oleh majikan untuk melantik pekerja:
a) Pekerja Tetap (Permanent Contract)
Pelantikan pekerja tetap biasanya dibuat untuk jawatan yang diperlukan bagi tempoh yang lama. Majikan akan menetapkan tarikh mula (commencement date), dan tiada penetapan tarikh akhir kerja.
Walau bagaimanapun, kontrak perkhidmatan biasanya akan menetapkan cara bagaimana kontrak boleh ditamatkan oleh kedua-dua pihak majikan dan pekerja.
Selain itu, kontrak juga biasanya menyatakan umur persaraan bagi pekerja.
b) Pekerja Kontrak Bertempoh (Fixed-Term Contract)
Pelantikan jenis ini pula menetapkan tarikh mula dan tarikh akhir. Kontrak perkhidmatan jenis ini biasanya digunakan untuk lantikan jawatan yang diperlukan bagi tempoh masa tertentu sahaja.
Contohnya, majikan sektor pembinaan memerlukan pekerja-pekerja untuk bertugas di tapak projek pembinaan bagi tempoh masa tertentu. Namun majikan mungkin tidak memerlukan lagi pekerja-pekerja tersebut selepas projek selesai. Bagi memudahkan pengurusan sumber manusia, majikan melantik pekerja-pekerja secara kontrak bertempoh sahaja.
Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, pada masa ini majikan sering menggunakan lantikan secara kontrak bertempoh sebagai satu mekanisme pemerhatian prestasi pekerja seumpama tempoh percubaan. Mungkin bagi majikan, kontrak bertempoh memudahkan penamatan (non-renewal) dilakukan berbanding penamatan dalam tempoh percubaan.
Oleh itu, majikan melantik pekerja-pekerja ini secara kontrak bertempoh dengan anggaran tarikh akhir projek akan berakhir. Sekiranya perlu, kontrak boleh diperbaharui untuk satu tempoh masa baru sebagaimana keperluan.
c) Pekerja Sementara (Temporary Contract)
Kontrak jenis ini sebenarnya kurang lebih adalah sama dengan lantikan kontrak bertempoh. Pekerja akan dilantik untuk satu tempoh yang telah dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan. Walau bagaimanapun, biasanya kontrak untuk pekerja sementara lebih pendek daripada
No comments:
Post a Comment