Tuesday, 1 September 2020

LEE FATT SENG v HARPER GILFILLAN (1980) SDN BHD [1988] 1 MLJ 245 - Adakah hari rehat diambil kira dalam pengiraan "average true wages"?

Dalam kes ini, perayu telah ditamatkan perkhidmatan melalui retrenchment setelah bekerja selama 22 tahun dengan responden. Responden telah membayar faedah penamatan kepada perayu, namun perayu mengadu ke Pejabat Tenaga Kerja (pada masa itu dipanggil Jabatan Buruh) atas alasan responden mengira faedah penamatan dengan salah. 

Penyiasatan telah dijalankan di Pejabat Buruh di mana responden mendakwa, hari-hari rehat tidak sepatutnya diambil kira dalam pengiraan tempoh perkhidmatan perayu kerana tiada kerja dilaksanakan pada hari rehat. Pegawai pendengar berpihak kepada perayu dan memerintahkan responden membayar kepada pengadu amaun faedah penamatan yang lebih tinggi daripada pengiraan responden.

Responden yang tidak bersetuju dengan Pegawai Buruh kemudiannya merayu ke Mahkamah Tinggi, di mana keputusan Mahkamah Tinggi memihak  kepada responden. Perayu telah membuat aduan selanjutnya.

Keputusan majoriti Supreme Court:

a) "average daily wages" untuk sesuatu bulan sepatutnya diperolehi dengan membahagikan upah dalam bulan tersebut dengan bilangan hari sebenar dalam bulan berkenaan. Cara ini konsisten dengan terma "average true day's wages" yang terkandung dalam Peraturan 6(2) Peraturan-peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara) 1980.   Adalah tidak betul jika menganggap "wages" adalah untuk hari-hari bekerja sahaja.

b) Keputusan Mahkamah Tinggi adalah betul, dan rayuan patut ditolak.


Maka, berdasarkan kes ini, jawapannya adalah Ya.


No comments:

Post a Comment

Umur Persaraan

P ada masa ini, umur persaraan minimum bagi sector swasta adalah 60 tahun setelah   Akta Umur Persaraan Minimum 2012 atau Minimum Retirement...