“Kontrak perkhidmatan” didefinisikan bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 sebagai:
“Mana-mana
perjanjian, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, di mana seorang bersetuju untuk mengambil
bekerja seorang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk
berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja dan termasuklah kontrak perantisan;
Terma
nyata adalah terma yang telah dijamin oleh undang-undang bertulis atau kontrak
perkhidmatan bertulis yang telah ditandatangani oleh pekerja dan majikan. Perjanjian
Bersama dan “company handbook” juga adalah sebehagian daripada terma nyata perkhidmatan.
Bagi
pekerja yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955, akta telah menggariskan hak
minimum yang wajib dinikmati oleh pekerja. Sekiranya terdapat terma dalam
kontrak perkhidmatan yang kurang baik daripada akta, maka secara automatik
terma dalam akta terpakai mengatasi kontrak perkhidmatan. Walau bagaimanapun, majikan
tidak dilarang untuk memberikan faedah yang lebih baik kepada pekerja. Sekiranya
kontrak perkhidmatan menjanjikan terma yang lebih baik, maka terma tersebut akan mengatasi akta. Perkara ini boleh dilihat
dalam Seksyen 7 dan 7A.
Terdapat
dua jenis terma nyata dalam akta iaitu terma berkaitan kewangan dan terma tidak
berkaitan kewangan.
Terma berkaitan kewangan adalah seperti:
a) Upah
b) Gaji
ganti notis
Terma
tidak berkaitan kewangan adalah seperti:
a) Kontrak perkhidmatan hendaklah bertulis
b) Penamatan
c) Hari
rehat
d) Jam
kerja
e) Hari
kelepasan
f) Cuti
tahunan
g) Cuti
sakit
h) Cuti
bersalin
No comments:
Post a Comment